Trending

Monday, 18 May 2015

15 Gambar Honeymoon Fahrin Ahmad Dan Isteri


Fahrin Ahmad dan isterinya Elena Elias telahpun bercuti dan berbulan madu di Eropah setelah selesai majlis akad nikah mereka baru-baru ini.

Pasangan suami isteri ini telahpun berkongsi gambar-gambar honeymoon mereka di laman sosial instagram. Untuk pengetahuan Elena Elias merupakan ketua pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan,

Jom lihat 15 koleksi gambar honeymoon fahrin Ahmad dan juga isterinya, Elena Elias:








Saturday, 16 May 2015

Korek Mata Isteri Kerana Jalin Hubungan Dengan Orang Lain


Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.

Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis. 

Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.

Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya.

Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.

Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.

Kembali Bersatu Dengan Zamarul Adalah Hadiah Terbesar Buat Saya – Diana Rafar


Rupa-rupanya 9 Mei yang lalu adalah hari jadi Diana Rafar. Sesungguhnya tiada hadiah yang lebih besar daripada pernikahan semula Diana dan Zamarul yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini (hari ini). Pada mulanya tarikh pernikahan pertama mereka iaitu 16 Mei dipilih namun kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu, maka mereka berdua akan disatukan kembali hari ini. Tak kisahlah mana-mana tarikh, yang penting hubungan mereka kembali semula sebagai suami isteri. Itu paling penting.


Untuk makluman, Diana Rafar dan Zamarul Hisham telah pun bercerai selama 4 bulan sebelum membuat keputusan untuk kembali bersama. Terharu juga Abang Nara membaca kata-kata Diana Rafar tentang penyatuan ini. Tiada paksaan, tiada ugutan sebaliknya masing-masing tahu yang si dia adalah yang terbaik. Kata Diana:-
Sejujurnya, sepanjang tempoh empat bulan berpisah sebagai suami isteri, kami bermuhasabah diri dan menilai kembali kesilapan masing-masing. Bagi saya berpisah sementara itu merupakan ujian dan nikmat terbesar dalam perkahwinan kami. Tanpa sedar kami membuat keputusan untuk kembali bersama.
Ingin saya tegaskan, tiada paksaan daripada mana-mana pihak termasuk Zamarul untuk kami kembali rujuk. Ia berlaku secara semula jadi tanpa kami jangka. Kami berdua sendiri cukup terkejut dengan keputusan tersebut kerana sepanjang empat bulan berpisah, soal jodoh memang diserahkan kepada Allah dan tidak pernah berbincang tentang merujuk semula perkahwinan. Saya sifatkan jodoh saya dan Zamarul masih kuat
Kami tidak meletakkan sebarang janji kerana apa yang berlaku iaitu bercerai dan rujuk semula sesuatu yang tidak dirancang. Cuma selepas apa yang berlaku, saya sedar bahawa kami tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang dimiliki.
Walaupun sudah berkahwin, proses belajar untuk menjadi isteri dan suami yang baik tidak pernah tamat. Kami akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik
Tahun lepas juga merupakan tahun yang penuh dengan ujian buat saya. Hanya sejak awal bulan ini hidup saya kembali berubah ke arah positif. Bukan sahaja tarikh lahir saya jatuh pada 9 Mei tetapi saya turut ditawarkan menjadi duta produk Sugar Scarf dan Dr. Glow. Hadiah terbesar saya adalah kembali bersatu dengan Zamarul sebagai suami isteri
Walaupun tidak dapat tarikh yang kami inginkan, saya tidak kisah asalkan ia berlangsung pada bulan Mei. Tiada lagi impian saya selain melihat keluarga kami membesar dan kekal sehingga akhir hayat.
Bagi saya, penyatuan semula kami hasil doa daripada orang sekeliling, terutamanya keluarga dan pe
minat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada kami berdua

Pastinya hari ini adalah hari gembira buat Zamarul, Diana dan anak mereka. Semoga segalanya berjalan lancar. Semoga kesilapan lalu menjadi pengajaran buat mereka. Tahniah Zamarul dan Diana. 

Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Pastinya Membuatkan Kita Kagum


KEPERIBADIAN Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang amat merendah diri dapat dilihat menerusi satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, baru-baru ini.


Melalui pautan yang dikongsikan Facebook Joeery Hairi, beliau menceritakan bagaimana tindakan baginda yang amat merendah diri terus bersalam dengan anggota polis pengiring baginda sebelum menaiki pesawat untuk kembali ke Brunei.


“Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin yang sentiasa menghargai orang bawahan… Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus meluru kepada anggota polis yang escotnya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu d Lapangan Terbang Pulau Pinang… biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan pada tuanku…inilah pemimpin Islam yang harus dicontohi…semoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah.” Tulis Joery.



Tindakan baginda yang bersalam secara bersendirian dan mengucapkan terima kasih kepada anggota Polis Traffik Malaysia membuatkan ramai berasa kagum dengan keperibadian baginda.
Walaupun anggota polis pastinya sudah biasa mengiring orang-orang kenamaan, namun kami yakin mereka tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang datangnya dari seseorang yang berstatus Sultan.


Saya dah Suruh Dia Cari Penganti - Diana Rafar


Mengakui melarikan diri ketika mereka berpisah empat bulan lalu, Diana Rafar menyatakan perkara tersebut dilakukan kerana memberi lampu hijau atau kebenaran kepada suaminya itu untuk mencari pengganti dirinya.

“Saya pun beri lampu hijau untuk dia cari pengganti. Empat bulan itu memang dia boleh cari kekasih baharu. Tapi dia tetap menanti saya. Tak dinafikan, saham saya pun naik sebenarnya selepas bergelar janda. Ramai lelaki yang datang nak ambil kesempatan di atas perpisahan ini”
“Tapi saya memilih untuk melarikan diri selama ini. Saya tolak tawaran berlakon dan elak berjumpa dengan orang. Saya tukar nombor telefon. Saya tak ambil manfaat atas status janda sebelum ini. Pada masa yang sama, saya dapat rehatkan diri dan bermuhasabah diri,” katanya kepada Berita Harian.
Selain itu, Diana juga menyatakan rasa bertuahnya kerana memilik Zamarul kerana suaminya itu adalah seorang yang banyak membantunya melakukan kerja-kerja di rumah daripada memasang langsir sehinggalah mengelap pinggan sehingga berkilat. Untung sungguh Diana dapat bersatu semula bersama Zamarul.
“Dia boleh pasang langsir. Dalam hati terdetik juga kalau raya nanti, dia tak ada, siapa pula yang nak pasangkan. Pinggan mangkuk pun dia boleh lap sampai berkilat. Patut pun sepanjang ketiadaannya, saya lihat berselerak sahaja rumah ini kerana dia tak ada. Dia layan saya umpama puteri,” seloroh Diana. 

Lana Nodin Terkejut Terima Hadiah Jam Tangan RM25,000 & Sebuah BMW SPORT??!! Tahniah!


Bertuah sungguh Lana Nodin apabila dia menerima hadiah berupa cincin berlian hampir RM100,000 serta sebuah kereta BMW Sport sempena hadiah perkahwinannya selain mengakui terkejut dengan perkara tersebut.

Jelas Lana, dia hanya tahu mengenai cincin berlian tersebut ketika upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Selain itu, pelakon ini juga turut menerima seutas jam tangan daripada David berharga RM25,000.

“Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu,” katanya yang bakal mengkuti suaminya ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya selain menyatakan wang tersebut telah diserahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya beliau.

Sekitar Majlis Perkahwinan Lana Nodin & David Mckenzie?!! 10 GAMBAR!!


Majlis resepsi Lana Nodin dan juga David McKenzie yang telah sah bergelar suami isteri pagi tadi telah diadakan di hotel Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dan diwalikan oleh ayah kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi dengan mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000.











PM Luxembourg Pemimpin Ke-2 Di Dunia Kahwin Gay??!!


LUXEMBOURG — Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel pada Jumaat selamat mengahwini pasangan gaynya sekali gus menjadi pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pertama menjalani perkahwinan sesama jenis.
Bettel, berusia 20 tahun, ialah seorang ahli politik berhaluan kanan-tengah, mula menjadi perdana menteri sebuah negara kecil pemerintahan beraja berperlembagaan Katholik di tengah benua Eropah itu pada 2013 lalu.
Beliau berkahwin dengan pasangannya, Gauthier Destenay, seorang arkitek warga Belgium, beberapa bulan setelah dewan parlimen negara konservatif tersebut akhirnya meluluskan undang-undang perkahwinan gay.


Majlis perkahwinan berlangsung di dewan kota Luxembourg itu tertutup kepada pihak media disusuli pesta peribadi sehingga Ahad ini yang dihadiri sekitar 500 tetamu termasuk Perdana Menteri Belgium, Charles Michel.
Selain menjadi pemimpin EU yang pertama berkahwin pasangan gaynya, Bettel adalah pemimpin kedua di dunia setelah Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir yang mengahwini pasangan sesama jenis pada 2010.
Sehari menjelang upacara perkahwinannya dengan Destenay, Bettel dalam wawancara dengan stesen penyiaran awam RTBF dari Belgium menjelaskan, beliau tidak ingin menyembunyikan orientasi nafsu seksualnya.
“Saya boleh sembunyikan perkara ini dan menjalani hidup tidak bahagia selama-lamanya. Saya boleh menjalin hubungan dengan seorang wanita sekali gus menjalin hubungan homoseksual secara rahsia,” kata Bettel.
“Namun, saya katakan kepada diri saya sendiri bahawa jika saya ingin menjadi seorang politikus yang jujur, maka saya harus mula dengan jujur kepada diri saya sendiri dan menerima diri saya apa seadanya,” tambah beliau.
Parlimen Luxembourg mengesahkan secara legal perkahwinan sesama jenis kelamin pada Jun 2014 lalu dan perkahwinan gay yang pertama negera itu sudah dilaksanakan pada 1 Januari 2015. – Agensi

About

Popular Posts